Tuesday, March 9, 2010

Memahami Mars

“Dan (Dia) Yang mempersatukan hati mereka. Walaupun kamu membelanjakan semua yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.”

(QS Al-Anfal [8] ayat 63)

Setiap insan yang bernama manusia pastinya akan berhadapan dengan permainan perasaan yang berkaitan dengan cinta. Tidak kira samaada dirinya mencintai atau dicintai. Ia merupakan satu keadaan semulajadi yang dianugerahkan Illah. Emosi yang wujud dalam diri seseorang itu akan menghasilkan cinta.

Pun begitu, dunia ini dihuni pelbagai jenis dan gaya manusia. Ada yang inginkan kesejahteraan abadi dan ada pula yang inginkan keseronokan sementara. Bagi insan yang inginkan kesejahteraan abadi, pastinya cinta yang didambakan bersifat sejati, setia, jujur dan ikhlas yang mana merupakan tunjang hubungan yang terjalin. Namun, bagi mereka yang hanya inginkan keseronokan yang bersifat sementara maka ketulusan cinta yang dibentuk tidaklah seutuh pasangannya. Golongan inilah yang mencalar keindahan cinta itu. Sesuai dengan gelaran yang diberikan kepada mereka iaitu lelaki buaya!

Golongan wanita harus dididik bagaimana untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa mereka. Cinta itu indah namun dalam keindahan itu ia boleh bertukar menjadi racun berbisa. Keperitan dipermainkan mampu mempengaruhi jalan kehidupan seseorang itu. Ia mampu menjatuhkan dirinya dalam sekelip mata. Kerana cinta juga, boleh berlaku kejadian yang tidak diingini seperti kejadian rogol. Cinta juga mampu menidakkan akal untuk berfikir baik dan buruk. Semuanya kerana cinta dusta.

Oleh itu, beringat sebelum kena. Mari bersama naikkan martabat golongan wanita. Kenali teknik-teknik lelaki ini agar anda tidak mudah terpedaya. Carilah cinta sejati.

Menyedari hakikat ini, Pro Rev Consultancy & Services melancarkan Program Khas “Memahami Mars”. Program ini direka berdasarkan berdasarkan penyelidikan dan penelitian berkenaan dengan cara dan gaya lelaki yang gemar bermain dengan hati dan perasaan wanita. Selain itu, program ini turut menyentuh penggunaan guna-guna atau amalan sihir dan cara-cara untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa amalan ini. Program ini akan berlangsung 1 hari dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

1 comment:

  1. "...sesama kita bersatu mempertabatkan maruah kaum Hawa..."

    ReplyDelete