Monday, March 22, 2010

Program Khas "Memahami Mars" (Membongkar Rahsia Lelaki) menjadi Realiti

Salam buat semua,

Pro Rev Consultancy & Services berbesar hati mengumumkan bahawa Program Khas "Memahami Mars" (@ Membongkar Rahsia Lelaki) akan berlangsung pada 8 Mei 2010 & 15 Mei 2010 di Dewan Jugra, Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Program dari jam 9.00 pagi hingga 5 petang. Kemasukan adalah terbuka kepada umum khususnya kepada golongan perempuan / wanita (15thn - 45 thn).

Jangan lepaskan peluang mengenali teknik-teknik Bad Mars (Lelaki Buaya/Kasanova) agar hubungan yang terjalin tidak mengundang kekeewaan, kedukaan dan musibah.

Maklumat Program

PROGRAM KHAS

“MEMAHAMI MARS”
(@ Membongkar Rahsia Lelaki)
PERUNDING:
AIROL IRWAN LIMIN
LLB (HONS), BLS (HONS), DPA (UiTM)
(FASILITATOR UiTM)


Kerana Cinta?
Dia menjadi buta
Dia hilang panduan
Dia hilang keluarga
Dia juga hilang maruah diri


Kerana Cinta?
Dia ditipu ratusan ribu ringgit
Dia dieksploitasi si pengedar dadah
Dia juga menjadi mangsa rogol!!

Kami bongkar rahsia Mars (lelaki) sebagai Terapi buat si Venus(Wanita)
Intipati Program

*Lelaki & Hubungan
*Mars & Venus; Pemangsa & Mangsa
*Gaya & Cara Bad Mars berkomunikasi
*Tuturkata & Sentuhan Bad Mars
*Sihir Cinta (Guna-Guna)
*Cinta v Serah
*Konsep 50%
*Mars Pilihan
*Terapi Cinta

Tarikh : 8 Mei 2010 & 15 Mei 2010 (Pilihan peserta)
Tempat : Dewan Jugra, Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya Selangor
Jam : 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Promosi Harga Program : RM 60 seorang (Harga Sebenar RM 200)
Cara Penyertaan & Pembayaran :

1) Booth Pendaftaran & Pembayaran terus akan dibuka di 2 tempat bermula
05/04/2010 sehingga 14/04/2010 ( 10.00 pagi – 2.00 petang) iaitu di:

*Perkarangan parkir motor di antara Unitar dan Restoran Selera Citramas
(Sebelah Brothers)


ATAU

2) Pembayaran terus ke:

A)Akaun AMBANK atas nama PRO REV CONSULTANCY & SERVICES
(No. Akaun: 040-202-200127-2); ATAU
B)Akaun MAYBANK atas nama AIROL IRWAN BIN LIMIN (No. Akaun: 164258339150).

* SMS nama, umur, no resit pembayaran, tarikh, masa bankin dan pilihan Sesi
ke Hotline wakil sah kami*
* Bawa resit pembayaran semasa program.
ATAU

3) Pembayaran terus melalui temujanji dengan wakil sah kami.

4) Pendaftaran Online:
Email: prorevcs@yahoo.com
Blog : prcs2.blogspot.com
* Email - nama, alamat, umur dan pilihan sesi, pembayaran akan dibincangkan*

*Wakil-wakil Sah Kami
1) Ann - 017-9587851
2) Saiful - 012-3717964
3) Ismail - 012-2014379
4) Acap - 017-6471104
5) Akam - 012-6847845
6) Ain - 017-2958925
6) Siti- 014-8201796


*** Peserta berpeluang untuk memenangi 2 tiket StarCruise, HandPhone, Hamper dan pelbagai lagi melalui cabutan bertuah*****

Tajaan:

Wednesday, March 10, 2010

Lelaki & Drama

Jika perbualan antara golongan lelaki terhadap golongan wanita lebih menjurus kepada betapa sukarnya untuk mencari seorang wanita yang lemah lembut pada masa kini, golongan perempuan juga ada topik hangat perbualan mereka terhadap golongan lelaki. Pastinya, mereka kerap mengeluh betapa perit dan hampir ke tahap mustahil untuk mencari seorang lelaki yang ikhlas dan jujur dalam perhubungan. Barangkali ada benarnya, dan barangkali tidak. Terlalu prejudis jika saya mengatakan semua lelaki tidak boleh dipercayai. Malah majoriti adalah insan yang pastinya memenuhi kriteria suami misali.

Namun, golongan minoriti inilah yang sebenarnya mencalar status seorang lelaki. Masakan tidak, diolog lazim golongan perempuan seperti " semua lelaki sama sahaja!!" sentiasa terungkap oleh mereka ketika api panas membara menggeledak dalam jiwa mereka akibat perlakuan seorang lelaki. Lebih tepat ungkapan kerana setitik nila rosak susu sebelanga. Pun begitu, sikap dan amalan golongan minoriti ini atau lebih tepat lagi golongan lelaki buaya sama sekali sukar di buang. Ia bagaikan satu lumrah kejadian mereka. Jangan salahkan Nya, pastinya kita yang membentuk peribadi sendiri.

Tiada cara lain untuk kita mengubah mereka. Usah buang masa kerna peluang nya amat tipis, barangkali hanya segelintir sahaja lelaki-lelaki golongan ini mendapat sinar keinsafan. Marilah kita fokus dan belajar cara dan setiap pergerakan serta perlakuan mereka agar mudah untuk golongan wanita merobek topeng yang membaluti ruang wajah mereka sebenar. Percayalah, jangan terlalu ambil mudah. Benar, jodoh telah pun ditentukan Allah, namun kita sebagai hambanya haruslah berusaha untuk mendapatkannya. Allah telah tetapkan pasangan kita, tugas kita hanya untuk mencari dengan membuat penilaian yang bijak.

Sikap ambil mudah dan terlalu mengikut perasaan dan terlalu obses tentang keindahan cinta serta kemerduan melodi cinta membuatkan ramai golongan perempuan terperangkap di dalam perangkap samar si lelaki buaya. Tidak hairanlah kini banyak berlaku kejadian-kejadian rogol, penipuan, bunuh diri disebabkan kecewa dengan teman lelakinya, dan pelbagai lagi kes-kes yang melibatkan golongan wanita. Amat menyedihkan lagi, golongan wanita bijak pandai dan berjawatan tinggi juga mudah terjerat.

Menyedari hakikat ini, pihak PRCS tampil untuk membimbing golongan wanita untuk mengenali cara dan gaya si lelaki buaya dengan Program Khas kami iaitu "Memahami Mars". Dari pergerakan tubuh badan, pandangan mata, sentuhan, pertuturan, gaya sehinggalah kepada amalan GUNA-GUNA atau amalan syirik, pihak kami sedia membongkarkan teknik-teknik mereka dan pastinya kami sajikan cara-cara terbaik untuk mengenali dan mengatasi mereka. Hanya terserah kepada anda untuk memilih.

Respon segera, kerna seminar & Diskusi "Memahami Mars" akan hanya dianjur dan dijalankan setelah kami menerima 100 respon (comment) daripada golongan wanita. Sekian, Ikhlas - Pro Rev Consultancy & Services.

Tuesday, March 9, 2010

Memahami Mars

“Dan (Dia) Yang mempersatukan hati mereka. Walaupun kamu membelanjakan semua yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.”

(QS Al-Anfal [8] ayat 63)

Setiap insan yang bernama manusia pastinya akan berhadapan dengan permainan perasaan yang berkaitan dengan cinta. Tidak kira samaada dirinya mencintai atau dicintai. Ia merupakan satu keadaan semulajadi yang dianugerahkan Illah. Emosi yang wujud dalam diri seseorang itu akan menghasilkan cinta.

Pun begitu, dunia ini dihuni pelbagai jenis dan gaya manusia. Ada yang inginkan kesejahteraan abadi dan ada pula yang inginkan keseronokan sementara. Bagi insan yang inginkan kesejahteraan abadi, pastinya cinta yang didambakan bersifat sejati, setia, jujur dan ikhlas yang mana merupakan tunjang hubungan yang terjalin. Namun, bagi mereka yang hanya inginkan keseronokan yang bersifat sementara maka ketulusan cinta yang dibentuk tidaklah seutuh pasangannya. Golongan inilah yang mencalar keindahan cinta itu. Sesuai dengan gelaran yang diberikan kepada mereka iaitu lelaki buaya!

Golongan wanita harus dididik bagaimana untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa mereka. Cinta itu indah namun dalam keindahan itu ia boleh bertukar menjadi racun berbisa. Keperitan dipermainkan mampu mempengaruhi jalan kehidupan seseorang itu. Ia mampu menjatuhkan dirinya dalam sekelip mata. Kerana cinta juga, boleh berlaku kejadian yang tidak diingini seperti kejadian rogol. Cinta juga mampu menidakkan akal untuk berfikir baik dan buruk. Semuanya kerana cinta dusta.

Oleh itu, beringat sebelum kena. Mari bersama naikkan martabat golongan wanita. Kenali teknik-teknik lelaki ini agar anda tidak mudah terpedaya. Carilah cinta sejati.

Menyedari hakikat ini, Pro Rev Consultancy & Services melancarkan Program Khas “Memahami Mars”. Program ini direka berdasarkan berdasarkan penyelidikan dan penelitian berkenaan dengan cara dan gaya lelaki yang gemar bermain dengan hati dan perasaan wanita. Selain itu, program ini turut menyentuh penggunaan guna-guna atau amalan sihir dan cara-cara untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa amalan ini. Program ini akan berlangsung 1 hari dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.