Tuesday, March 29, 2011

Kalender PRCS - Feb 2011 - April 2011

Tahun saling berganti, Pro Rev Consultancy & Services masih kekal beroperasi biar adakala ianya jatuh hilang bayangan, adakala pula ianya bangkit berjuang. Namun, usaha perlu diteruskan biar sebesar mana ombak menghempas tepian, tidak sekali melunturkan semangat kami, tidak juga membinasakan impian kami.

Alhamdulillah, bermula 22 Januari di tahun baru, PRCS melalui Perunding Utama, En. Airol Irwan Limin telah dijemput sebagai penceramah di Fakulti Undang-Undang, UiTM membicarakan topik 'Dari Hati Ke Hati' dibawah Program yang dijalankan pihak Fakulti iaitu Bengkel Jom Dapat A. Kehadiran beliau bukanlah untuk pertama kali tetapi beliau pernah membicarakan topik yang sama di Fakulti yang sama pada tahun lepas.

Alhamdulillah, bicara beliau mendapat maklum balas yang baik daripada para pelajar dan sekali lagi pada 18 Februari, beliau dijemput sebagai penceramah di fakulti yang sama untuk para pelajar semester 2. Topik nya berlainan iaitu 'Peranan Dan Tanggungjawab Mahasiswa'.

Alhamdulillah, berkat keikhlasan menyampaikan ilmu yang ada, beliau dijemput untuk membicarakan tajuk yang sama untuk pelajar semester 3 pada 25 Februari 2011. Seterusnya, dengan berpegang kepada prinsip, ilmu yang ditutur hasil dari hati yang ikhlas dan bukan dari buku yang ditulis, beliau dijemput untuk berceramah bagi tajuk 'Perkembangan Nilai Insaniah' untuk pelajar semester 1 pada 5 Mac, pelajar semester 2, 12 Mac dan pelajar semester 3 pada 19 Mac 2011.

Harapan pihak kami semoga para pelajar dapat mengadaptasikan ilmu yang disampaikan dengan baik demi satu tujuan iaitu Hijrah. Hijrah ke arah kebaikan dengan pendekatan yang bijak.

Alhamdulillah, Allah memanjangkan lagi perjalanan kami apabila hadirnya bulan April ini. Perunding Utama kami diundang oleh pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor untuk berdiskusi selama 2 jam pada 8 April 2011, dihadapan para pekerja kerajaan negeri Selangor bagi membicarakan tajuk 'Nilai Dan Etika Sosial Pencetus Profesionalisme. Semoga beliau dapat menggalas amanah ini dengan baik. InsyaAllah.

Alhamdulillah, pihak Kami juga diberi kepercayaan untuk mengemudi para pelajar PMR dan SMP/STPM untuk mempersiapkan para pelajar dengan perisai hidup untuk mengharungi dan menggalas tanggungjawab mereka sebagai pelajar agar tidak tersalah langkah. Program yang ini akan dijalankan dalam 2 sesi iaitu pada 14 April 2011 dan 21 April 2011. Doakan kejayaan PRCS dalam membimbing aset negara. InsyaAllah..

Harapan PRCS agar segala peluang yang berkelip di hadapan dapat digapai erat dan menjadi saat kebangkitan Pro Rev Consultancy & Services untuk melangkah lebih jauh. InsyaAllah..