Wednesday, March 10, 2010

Lelaki & Drama

Jika perbualan antara golongan lelaki terhadap golongan wanita lebih menjurus kepada betapa sukarnya untuk mencari seorang wanita yang lemah lembut pada masa kini, golongan perempuan juga ada topik hangat perbualan mereka terhadap golongan lelaki. Pastinya, mereka kerap mengeluh betapa perit dan hampir ke tahap mustahil untuk mencari seorang lelaki yang ikhlas dan jujur dalam perhubungan. Barangkali ada benarnya, dan barangkali tidak. Terlalu prejudis jika saya mengatakan semua lelaki tidak boleh dipercayai. Malah majoriti adalah insan yang pastinya memenuhi kriteria suami misali.

Namun, golongan minoriti inilah yang sebenarnya mencalar status seorang lelaki. Masakan tidak, diolog lazim golongan perempuan seperti " semua lelaki sama sahaja!!" sentiasa terungkap oleh mereka ketika api panas membara menggeledak dalam jiwa mereka akibat perlakuan seorang lelaki. Lebih tepat ungkapan kerana setitik nila rosak susu sebelanga. Pun begitu, sikap dan amalan golongan minoriti ini atau lebih tepat lagi golongan lelaki buaya sama sekali sukar di buang. Ia bagaikan satu lumrah kejadian mereka. Jangan salahkan Nya, pastinya kita yang membentuk peribadi sendiri.

Tiada cara lain untuk kita mengubah mereka. Usah buang masa kerna peluang nya amat tipis, barangkali hanya segelintir sahaja lelaki-lelaki golongan ini mendapat sinar keinsafan. Marilah kita fokus dan belajar cara dan setiap pergerakan serta perlakuan mereka agar mudah untuk golongan wanita merobek topeng yang membaluti ruang wajah mereka sebenar. Percayalah, jangan terlalu ambil mudah. Benar, jodoh telah pun ditentukan Allah, namun kita sebagai hambanya haruslah berusaha untuk mendapatkannya. Allah telah tetapkan pasangan kita, tugas kita hanya untuk mencari dengan membuat penilaian yang bijak.

Sikap ambil mudah dan terlalu mengikut perasaan dan terlalu obses tentang keindahan cinta serta kemerduan melodi cinta membuatkan ramai golongan perempuan terperangkap di dalam perangkap samar si lelaki buaya. Tidak hairanlah kini banyak berlaku kejadian-kejadian rogol, penipuan, bunuh diri disebabkan kecewa dengan teman lelakinya, dan pelbagai lagi kes-kes yang melibatkan golongan wanita. Amat menyedihkan lagi, golongan wanita bijak pandai dan berjawatan tinggi juga mudah terjerat.

Menyedari hakikat ini, pihak PRCS tampil untuk membimbing golongan wanita untuk mengenali cara dan gaya si lelaki buaya dengan Program Khas kami iaitu "Memahami Mars". Dari pergerakan tubuh badan, pandangan mata, sentuhan, pertuturan, gaya sehinggalah kepada amalan GUNA-GUNA atau amalan syirik, pihak kami sedia membongkarkan teknik-teknik mereka dan pastinya kami sajikan cara-cara terbaik untuk mengenali dan mengatasi mereka. Hanya terserah kepada anda untuk memilih.

Respon segera, kerna seminar & Diskusi "Memahami Mars" akan hanya dianjur dan dijalankan setelah kami menerima 100 respon (comment) daripada golongan wanita. Sekian, Ikhlas - Pro Rev Consultancy & Services.

1 comment: