Saturday, April 30, 2011

Alhamdulillah, website PRCS telah pun berjaya dilancarkan.

Alhamdulillah, tepat jam 12 tgh malam hari jumaat 29/04/11, website Pro Rev Consultancy & Services telah dilancarkan dan kini kami semakin berani melangkah demi mambawa satu revolusi kepada masyarakat secara umumnya.

Layari dan hayati intipati syarikat kami dan program yang ditawarkan di www.prorev.my.

InsyaAllah..

Ikhlas dari meja Perunding Utama Pro Rev Consultancy & Services..

Tuesday, March 29, 2011

Kalender PRCS - Feb 2011 - April 2011

Tahun saling berganti, Pro Rev Consultancy & Services masih kekal beroperasi biar adakala ianya jatuh hilang bayangan, adakala pula ianya bangkit berjuang. Namun, usaha perlu diteruskan biar sebesar mana ombak menghempas tepian, tidak sekali melunturkan semangat kami, tidak juga membinasakan impian kami.

Alhamdulillah, bermula 22 Januari di tahun baru, PRCS melalui Perunding Utama, En. Airol Irwan Limin telah dijemput sebagai penceramah di Fakulti Undang-Undang, UiTM membicarakan topik 'Dari Hati Ke Hati' dibawah Program yang dijalankan pihak Fakulti iaitu Bengkel Jom Dapat A. Kehadiran beliau bukanlah untuk pertama kali tetapi beliau pernah membicarakan topik yang sama di Fakulti yang sama pada tahun lepas.

Alhamdulillah, bicara beliau mendapat maklum balas yang baik daripada para pelajar dan sekali lagi pada 18 Februari, beliau dijemput sebagai penceramah di fakulti yang sama untuk para pelajar semester 2. Topik nya berlainan iaitu 'Peranan Dan Tanggungjawab Mahasiswa'.

Alhamdulillah, berkat keikhlasan menyampaikan ilmu yang ada, beliau dijemput untuk membicarakan tajuk yang sama untuk pelajar semester 3 pada 25 Februari 2011. Seterusnya, dengan berpegang kepada prinsip, ilmu yang ditutur hasil dari hati yang ikhlas dan bukan dari buku yang ditulis, beliau dijemput untuk berceramah bagi tajuk 'Perkembangan Nilai Insaniah' untuk pelajar semester 1 pada 5 Mac, pelajar semester 2, 12 Mac dan pelajar semester 3 pada 19 Mac 2011.

Harapan pihak kami semoga para pelajar dapat mengadaptasikan ilmu yang disampaikan dengan baik demi satu tujuan iaitu Hijrah. Hijrah ke arah kebaikan dengan pendekatan yang bijak.

Alhamdulillah, Allah memanjangkan lagi perjalanan kami apabila hadirnya bulan April ini. Perunding Utama kami diundang oleh pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor untuk berdiskusi selama 2 jam pada 8 April 2011, dihadapan para pekerja kerajaan negeri Selangor bagi membicarakan tajuk 'Nilai Dan Etika Sosial Pencetus Profesionalisme. Semoga beliau dapat menggalas amanah ini dengan baik. InsyaAllah.

Alhamdulillah, pihak Kami juga diberi kepercayaan untuk mengemudi para pelajar PMR dan SMP/STPM untuk mempersiapkan para pelajar dengan perisai hidup untuk mengharungi dan menggalas tanggungjawab mereka sebagai pelajar agar tidak tersalah langkah. Program yang ini akan dijalankan dalam 2 sesi iaitu pada 14 April 2011 dan 21 April 2011. Doakan kejayaan PRCS dalam membimbing aset negara. InsyaAllah..

Harapan PRCS agar segala peluang yang berkelip di hadapan dapat digapai erat dan menjadi saat kebangkitan Pro Rev Consultancy & Services untuk melangkah lebih jauh. InsyaAllah..

Monday, November 22, 2010

Nasi Lemak Kopi O

Untuk makluman semua, pada 20 haribulan November 2010 yang lalu, Perunding Utama PRCS, En Airol Irwan Limin telah diundang untuk menjadi panel undangan sebagai Perunding Motivasi bagi slot 25 minit dalam rancangan pagi Nasi Lemak Kopi O di TV 9.Topik yang dibicarakan adalah 'Perempuan Saiko' yang mana secara specifiknya membincangkan mengenai perempuan yang taksub terhadap lelaki sehinggakan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan si dia yang diminatinya.

En Airol telah mengupas beberapa penyebab berlakunya perkara sedemikian. Juga beberapa tips untuk si lelaki bagaimana untuk menghadapi situasi tersebut dengan baik. Bersama seorang pelakon Dunia Baru yang sudi berkongsi pengalaman beliau mengenai seorang peminat yang sentiasa mengganggu beliau.

Antara faktor-faktor yang menjadi punca perempuan menjadi taksub adalah seperti berikut:
1. Kriteria yang disenaraikannya ada pada si lelaki yang diminatinya.
2. Baru pertama kali mengalami perasaan cinta
3. Juga boleh berlaku kepada perempuan yang baru putus cinta
4. Pengaruh rakan-rakan
5. Terlalu memendam rasa
6. Kurang kasih sayang
7. Perasaan ingin bersaing
8. Pernah ditiduri si lelaki itu

Kesan-kesan buruk kepada si perempuan ini:
1. Mudah diperdayakan lelaki
2. Boleh berlaku kejadian yang tidak diingini seperti kejadian rogol
3. Sentiasa muram
4. Boleh memalukan diri sendiri
5. Dipulaukan rakan-rakan
6. Dibenci ramai
7. Hilang maruah dan harga diri
8. Lupa akan tanggungjawab lain
etc

Cara-cara lelaki untuk menghadapi si dia:
1. Berterus terang tentang perasaannya dengan baik tanpa mencaci atau menghina si dia
2. Menggunakan orang ketiga seperti rakan lelaki tersebut untuk memberitahu tentang perasaan lelaki itu terhadap si dia
3. Menggunakan rakan si dia
4. Jauhkan diri daripada si dia seperti menukar nombor telefon.

Nasihat daripada En. Airol:

Cintai keluarga anda 100%
Cintai Nabi anda 100%
Cintai Malaikat anda 100%
Cintai Allah 100%
Cintai kehidupan anda 100% tetapi letakkan hanya 50% cinta anda terhadap teman anda

Salam..

Friday, June 4, 2010

PRCS sedia khidmat Pengerusi Majlis dalam apa jua majlis.

Salam semua,

PRCS dengan sukacita memaklumkan bahawa khidmat pengerusi majlis (MC) ada disediakan dengan harga pakej yang murah untuk apa jua majlis termasuk majlis perkahwinan. Pastinya tumpuan pada musim cuti sekolah ini banyak kepada majlis perkahwinan. Oleh itu, jangan gusar untuk mencari MC yang mampu mengendalikan majlis anda dengan baik. Kami sedia membantu.

Hubungi - 014-2337832 (AIROL), 0179587851(Ann)